Saturday, April 12, 2014

10 tahun bab 15

Eh..hidup lagi tuan punya belog ni?!! Ekekek….
Sorry la sangat2. Iolls ni selalu ber on9 dekat opis sajek. Dekat rumah weekend baru la nak beli internet. Biaselah..beli yg 1gb tu. Hehehe…

MMC dah siap lah uolls! Hehehe…yipi…. Yipi…! Jangan gembira sgt pasal baru je submit. Haha…. Ada lebih kurang 650 page. Berpinau mata nak cek satu2.Kalu ade terlepas juga tak tahulah…mungkin waktu tu iollls terlelap kejap kot. Hehehe…

Iolls serius...tahu nak jadi penulis. Maybe one day penulis sepenuh masa. Siapa tahu kan? Nak belajar buat skrip drama…eceh..macam2 ada dlm kepala ni. So… kena mula dari bawah… pastikan MMC keluar this year. If kena reject pun iolls akan cari penerbitan lain. Ada rezeki insya Allah..tak ke mana.





Jom layan 10 tahun dulu eh… sorry sangat ni pun iolls curi2 masa je taip. Bahasa tunggang langgang kot. Lantak sana…. Ok..ok..tamau membebel lagi. Silalah baca dan komen. Sebab ade anon komen la... iolls update tau. Time kasih dekat itu anon..love u…!mihahaa.. kesian dekat cik anon hari2 dtg belog iolls.. sorry anon!Tapiiii...make sure la komen tu jangan asyik mintak entry baru jew. Kasi la komen terhadap apa yang iolls tulis. Iolls pun xtau sama ada cerita iolls tu ok ke idok....dada....


Bab 15
Menggeletar kepala lututnya saat mendengar berita yang di khabarkan oleh Puan Adira tadi. Seperti ada batu yang sedang menghempap kepalanya sekarang. Perasaan bercampur baur. Ada rasa sedih, kecewa, sakit hati, marah.. semua itu jadi satu.

Sofea yang memandu di sebelah mengerling Muslim sekilas. Sofea sudah sedia maklum yang Muslim memang terlalu sukakan Ayla sehinggakan dia tidak mampu menyembunyikan langsung rasa hati yang nampak begitu kecewa.

“Kalau kau rasa nak menangis…. Kau menangis saja Muslim. Aku tak kisah pun. Aku janji aku tak akan bocor rahsia kau ni. Menangislah…” Kata Sofea perlahan.

Muslim menoleh ke kanan. Sofea kaget. Memang betul Muslim sedang menangis!
Pantas Sofea mengambil tisu yang di letakkan di atas dashbord lalu di hulukan kepada lelaki itu.

Tanpa malu lagi.. Muslim menghamburkan semua kesedihan yang sejak dari tadi di tahannya. Sampai hati Ayla…!! Desis hati kecilnya.
Sofea cuma mendiamkan diri dan membiarkan saja Muslim yang menangis teresak-esak itu. Dia tidak menyangka Muslim boleh kecewa teruk seperti ini.
“Mesti kau rasa aku ni lelaki worst kan Fea?”

“Huh??” Sofea kaget.

Muslim tersenyum hambar sambil mengesat air matanya.”Aku ni tak mampu nak cairkan hati Ayla. Sebab tu aku worst..”

Sofea mengetap bibir. Pandangan masa di halakan ke depan. “Hurmm… aku tak rasa kau macam tu pun Muslim. Aku faham kau memang sukakan Ayla sejak dari zaman study lagi kan?. Sabarlah Muslim cinta ni tak boleh di paksa..”

Muslim cuma tersenyum hambar.”Waktu Ayla bertunang aku tak rasa sedih macam ni sekali Fea, tapi bila dia dah nikah aku rasa macam nak gila..”
“Muslim…. Bawak mengucap sikit. Kau tu kacak,baik hati, kerjaya bagus.. aku pasti ramai lagi gadis-gadis yang menanti kau di luar sana. Lupakanlah Ayla, dia dah sah jadi milik Karl pun..”

Muslim mengangguk sambil menghela nafas berat.

“Kau tengok aku ni. Contohi aku..” Tiba-tiba Sofea berkata begitu.
Muslim menoleh ke kanan.

“Aku sukakan kau. Tapi aku tak pernah paksa kau sukakan aku..” Sofea tersengih kambing. Sengaja mahu buat lawak biar Muslim ketawa.

Muslim hampir tergelak.”Kau buat kelakar ke ni?”

Sofea ketawa mengekek.”Dengar macam kelakar ke?”

Muslim yang nampaknya sudah stabil emosinya cuma tersengih saja. “Kau ni pergi cari lelaki yang lebih baik dari aku la.. Fea! aku ni apa yang ada..”

“Macam-macam ada, macam pakej astro tu..”
“Sengallah kau ni!” Muslim ketawa.

“Hurmm… bila kau ketawa macam tu, barulah hati aku senang…”
Muslim mengerling Sofea sekilas. Sofea? Dia tersenyum sendiri. Sejak zaman universiti lagi, wanita itu memang ada hati padanya. Tapi biasalah, dia lebih tertarik pada Ayla. Mahu kata tak cantik… tidak juga. Walaupun tidak secantik Ayla, tapi Sofea masih boleh di kategorikan sebagai wanita cantik. Tapi sayang… dia memang tiada hati dengan Sofea. Pernah juga dia cuba memberi ruang, tapi perasaannya memang tidak boleh pergi jauh lebih dari seorang sahabat.

“Kita makan dulu eh? Kau mesti dahaga sebab banyak air mata kau keluar tadi..” Kata Sofea selamba.

“Perli nampak!!”

“Kau terasa ke?”

“Sikitlah..” Muslim tertawa kecil.

“Dah… malam ni aku call Ayla lagi. Apa-apa info aku update kau ok?” Sofea cuba untuk menenangkan hati Muslim.

Thanks Fea..”

Most Welcome..” Jawab Sofea sambil mengenyit mata nakal.
Muslim ketawa melihat perangai Sofea. Terhibur lara di hati.
**
“Mana Ayla?” Tanya Imran seraya sampai ke muka pintu rumah mewah milik sahabatnya Raykarl.

“Ada dekat atas. Risau bro, makan taknak… minum taknak… semua taknak..” Adu Raykarl.

Imran melihat Raykarl atas bawah. Kesan calar dan lebam di tangan Raykarl di perhatikan lama.”Lengan kau ni dah kenapa?”

Raykarl tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Imran melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ayla mengamuk sakan malam tadi.. habis di cakarnya aku ni macam harimau..”

“Mau tak mengamuk! Kau saja cari pasal tanggunglah sendiri!” Balas Imran yang juga agak terkejut bila Raykarl memaklumkan kepadanya yang dia sudah bernikah.

“Nak buat macam mana.. dah dia degil sangat…”

Mereka duduk di sofa yang berada di ruang tamu utama rumah itu.
“Kau pun dulu bukan main garang lagi dengan dia Karl… sekarang ni giliran kau lah pulak merasa..” Ujar Imran yang memang sudah sedia maklum bagaimana cara layanan Raykarl terhadap Ayla dulu. Ayla tidak di layan dengan baik sebagai kekasih. Jadi sekarang semua ini sudah terbalik.

“Garang tak bererti aku tak sayang Imran. Sebab sayang la aku sanggup ketepikan maruah aku dan keluarga asalkan aku dapat dia..”

“Tulah bercinta lama-lama sudahnya macam ni jugak. Tak merasa aku nak makan nasi minyak dekat hotel 5 bintang..” Imran mencebik kecewa.

Raykarl ketawa bagai nak rak. Ke situ pulak Imran fikir.”Kau nak makan nasik minyak ke? Jom la aku belanja kau makan…”

“Tak sama bro..”

“Ala.. aku yang payung kau. So, sama je la..” Raykarl menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

“Umi ayah kau macam mana?”

“Ayah aku… ada trip dekat istanbul. Selamat la untuk sementara waktu ni. Umi aku pulak tak payah cerita.. habis di hamunnya keluarga mertua aku. Entahlah Imran… aku sebenarnya malas nak fikir panjang. Serabut otak dengan umi aku yang tak habis-habis nak aku kahwin dengan Safiyyah tu. Bro… aku tak mampu nak bimbing dia bro… lagipun, kau tahu kan aku dah sentuh Ay tu.. takkan aku nak buang dia macam tu je..”

“Bukan kau pernah berniat nak buang dia apa…” Perli Imran baik punya.

“Aku dah cuba.. bro. Tapi nampaknya aku ni yang tak boleh hidup tanpa Ay. Aku rasa ok je kalau aku tak ada dalam hidup dia..”Keluh Raykarl perlahan.

Imran tersengih. Itulah, dulu beria betul sahabatnya itu mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Tapi sekarang baru dia tahu sejauh mana dia cintakan Ayla. Rupa-rupanya dia yang tak boleh berpisah dengan Ayla.

“Biasalah Karl.. manusia. Bila ada tak mahu hargai. Bila dah tak ada barulah sibuk nak cari kan?”

“Kau ni kalau bab memerli aku memang johan bin juara kan? Makan dalam bro…”

Meledak tawa Imran mendengar kata-kata Raykarl itu.

“Sakan kau gelak. Dengar dek bini aku dekat atas tu nanti…”

“Opsss!!! Tawa Imran mati serta merta. Tapi memang lawak bila di kenangkan perangai Raykarl. Dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

“Dahlah aku nak balik… kacau je orang tu nak ber`first night’ kan…”
“Banyaklah kau first night… bini aku dah kena sampuk dengan saka harimau bunting.. tak merasa nak ber`first night’nya…” Kata Raykarl sambil tertawa.
Sekali lagi Imran ketawa mengekek.”Lawaklah kau ni… tak apa bro ambil masalah sikit. Nak tak nak kenalah puasa dulu.. baru dapat..” Usiknya sambil mengenyitkan matanya.

“Jahat gila ayat kau kan Imran!!”

“Dah..dah aku nak balik dulu. Duduk sini lama-lama pun bukan kau nak bagi aku minum..”

Raykarl tepuk dahi.”Alamak…aku lupalah… lagipun rumah aku ni ada gula je bro. Kalau kau tak kisah aku buat air gula je boleh??”

“Keji perangai kau Karl..”

Raykarl bantai ketawa berdekah-dekah.
“Aku tak sempat nak shopping barang dapur pun. Tunggulah bila Ay dah boleh terima hakikat yang kami dah pun bernikah, masa tu baru fikir barang dalam rumah ni..”

“Aku tahu Ayla tu jenis yang lembut hati. Kalau tidak takkan lah hubungan korang boleh sampai 10 tahun kan? Selama ni pun dia yang banyak mengalah dengan kau. Aku rasa esok lusa oklah dia tu..”

Raykarl mengangguk laju.”Aku harap macam tulah Imran… baru aku sedar yang aku ni sayang sangat-sangat dekat dia..”

“Nampak Karl.. kalau tidak takkan lah kau sanggup nak buat kerja gila macam ni..”

“Kenapa baru sekarang aku rasa dia sangat berharga dalam hidup aku..” Keluh Raykarl yang seakan menyesali atas sikapnya yang selalu saja menyakiti hati Ayla dulu.

“Sudahlah tu. Apa yang penting sekarang korang dah sah pun jadi suami isteri. Dah tak ada apa yang boleh halang kau dan Ayla lagi..”

“Aku lega sangat sekarang ni Imran.. kalau aku tahu macam ni, dulu lagi aku dah ajak dia kahwin..”

“Bro.. ini urusan Allah bro… ada hikmahnya yang kita tak nampak..” Bahu Raykarl di tepuk lembut.
***
I phone berwarna putih yang sudah siap di charge itu di capainya dari atas meja. Bertalu-talu mesej yang masuk ke dalam inbox saat di `on` kan butang kecil itu.

Dia melihat missed call dari Muslim dan Sofea. Pasti mereka tertanya-tanya kemana dia menghilang. Dia mengeluh perlahan. Tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan Muslim dan Sofea. Yang terluka teruk pasti Muslim. Dia tahu sangat persis apa Muslim menyayanginya. Apa yang pasti lebih mudah untuk dia menceritakan semuanya kepada Sofea yang memang memahaminya.

Rambut yang masih basah itu di keringkan dengan tuala. Di perhatikan jam pada skrin leper itu. Sudah menjengah ke angka 9.30 malam. Untuk pertama kalinya dia tidur dalam jangka waktu yang cukup lama. Badan dan fikirannya benar-benar penat. Dia masih kaget dengan apa yang berlaku sehinggakan dia rasa begitu terluka dengan tindakan Raykarl.

 Terdengar suara orang ketawa yang menyebabkan dia terbangun tadi. Pasti Imran sebab dia nampak kereta Imran ada di garaj tadi. Mesti dia ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada Raykarl. Mereka sudah lama berkawan sejak dari zaman Universiti lagi. Imran juga sudah masak benar dengan hubungan dia dan Raykarl sebelum ini. Pasang surutnya dia yang menjadi saksi.

Melihatkan diri yang masih dengan pijama dia segera bangkit dan menapak ke arah almari. Nasib juga dia memang ada simpan beberapa helai baju di rumah persinggahan mereka ini.

Sedang dia leka memakai baju tidur di tubuh tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi telefon. Cepat-cepat dia mendapatkan telefon dan melihat nama siapa yang tertera di skrin.

“Hello… nak apa?” Dia menjawab kasar.

“Dear… turun la. Karl dah siapkan makan malam…”

“Malaslah..”

“Ay nak Karl naik atas ke??”

“Tak perlu…” Dia menjawab pendek.

“Habis? Dah sehari semalam tak makan tu… takkanlah tak lapar kot..”

Ayla terdiam. Perutnya yang kempit itu di sentuh lembut. Salah satu sebab kenapa dia bangun kerana perutnya itulah. Sudah berlagu dongdang sayang.

“Sebab lapar je Ay turun. Kalau tidak memang Ay tak nak tengok muka Karl..”

“Karl kan kacak sayang.. bukan ke dulu wajah ini yang Ay gila-gila kan?”

“Eee… nak muntah dengar..oklah.. Ay turun sekarang..”

Dia membelek wajahnya di cermin.’Ah sembab gila muka aku. Malu la nak berdepan dengan Karl dalam keadaan macam ni..’ Segera dia mencari compact  powder lantas terus di pakaikan ke wajah supaya nampak lebih berseri.
Raykarl sudah siap menyediakan makanan di atas meja. Tadi selepas Imran pulang dia keluar sebentar mencari makanan. Menurut Imran, nasi briani Syed Bistro di puchong perdana sedap. Jadi dia ke sana untuk membelinya.

“Ehemmm…” Ayla berdehem.

Raykarl mengangkat kepala. Ternampak saja wajah Ayla dia mengukir senyuman.

Ayla segera melarikan pandangan matanya dari di tenung Raykarl. Bukan apa, dia takut tertewas. Raykarl memang jarang memujuk. Egonya tinggi. Tapi sekali pujuk, ais di kutub utara pun boleh cair.

Cepat-cepat dia duduk di hadapan lelaki itu.

“Karl ada beli kari kambing, ayam goreng berempah, ikan tenggiri goreng dan kari kepala ikan. Sayur pun ada ni.. bendi goreng. Semua ni lauk kegemaran Ay..”

Ayla pamer riak tak berperasaan. Memang susah mahu berperang dengan perasaan sendiri. Dia cuma memerhatikan satu persatu lauk yang sudah terhidang di depan mata. Nampak menyelerakan. Lagi-lagi kari kambing yang memang menjadi makanan kegemarannya itu.

“Makanlah Ay.. tengok je tak kenyang..” Tegur Raykarl. Dia cuba tahan ketawa melihat reaksi Ayla. Dia tahu Ayla lapar tapi saja mahu protes tunjuk muka ketat.

Ayla memberanikan diri menentang pandangan Raykarl. Tapi mujur saat itu Raykarl sedang menuang air ke dalam gelas. Nasib baik kak bedah oi… kalau tidak kau malu sendiri…’ Desis hati kecilnya.

Tanpa menunggu lagi, dia segera menikmati makanan itu tanpa bunyi. Lantaklah Raykarl mahu fikir dia kebuluran ke apa, yang penting saat itu dia mahu makan sampai kenyang.

Raykarl sembunyi senyuman bila melihat Ayla begitu gopoh menyuap nasi masuk ke dalam mulutnya. “Ay…kunyah betul-betul. Kang tak pasal malam ni kita bermalam dekat hospital..” Tegur Raykarl perlahan.

Ayla buat pekak. Dia terus saja sumbat dan sumbat. Bukan tak biasa, malah dia sudah terbiasa dengan Raykarl. Malu? Ketepikan malu. Kalau malu kau lapar Ayla…’

“Nak nasi lagi?”

Ayla mengangkat muka kemudian dia menganggukkan kepalanya.
“Ay makanlah yang Karl punya ni. Karl tak lapar sangat pun..” Nasi yang baru suku di sentuh di hulurkan kepada Ayla.

“Habis Karl kenyang ke?” Tanya Ayla. Memang dia masih lapar.
Raykarl menggelengkan kepalanya laju. Tadi dia sempat makan roti canai di situ. Jadi dia tidaklah lapar sangat. Kasihan pula melihat Ayla yang memang nampak seperti masih belum kenyang itu.

Seronok pula dia melihat Ayla berselera seperti itu.

“Errrkkk….!!” Pantas tangan naik menutup mulutnya.

Raykarl kaku dengan situasi itu. Tanpa menunggu lagi dia ketawa bagai nak tercabut bumbung rumah.

Merona merah wajah Ayla saat itu. Malunya….. asal kau ni selamba sangat ay?! Aduhhh…malu…malu…’ Dia mengibas-ngibas wajahnya yang terasa hangat itu.

“Dah sepuluh tahun sayang… first time Karl dengar Ay sendawa macam tu. Comel gila..” Kata Raykarl yang masih ketawa itu.

Ayla ketap bibir. Memang tadi dia lupa yang ada di depannya itu adalah Raykarl. Kalau dengan keluarganya atau Sofea dan Muslim memang selamba saja dia sendawa macam tu. Tapi ini Raykarl! Aduh….. malunya…. Sumpah malu…’

“Saja nak buat macam tu, biar Karl menyesal kahwin dengan Ay…”

“Mengarut je… Ay ni.. menyesal? Sorry… tak ada istilah menyesal dalam hidup Karl..”

“Tadi tu kira paling perlahan.. ada lagi kuat dari tu Karl..”

“Tak apa. Comel.. Ay sendawa macam tu..” Raykarl ketawa kecil.
Ayla mencebik geram.”Dah la Karl tak payah nak tunjuk baik dengan Ay. Ay nak tanya Karl sesuatu…”

“Apa dia sayang?”

“Kalau dulu nak dengar Karl panggil Ay sayang susah sangat..”

“Dulu Karl lain Ay…” Raykarl mengeluh lemah.

“Lain?”

“Dulu Karl sangsi dengan rasa cinta Karl pada Ay..”

Oh really?” Kening Ayla terangkat sebelah.”Jadinya dulu Karl tak sepenuh hati cintakan Ay.. macam tu?”

Raykarl tidak menjawab. Wajah Ayla di perhatikan dalam-dalam. Kenapalah dia rasakan Ayla lah wanita paling cantik dalam dunia yang pernah dia jumpa?

“Bukan macam tu sayang. Dulu Karl tak yakin kita akan bersama seperti sekarang. Banyak sangat halangan. Kita pun selalu je bergaduh walaupun cuma berselisih pendapat tentang hal yang kecil..”

“Ay dah agak.. memang Karl tak serius dengan Karl dulu..”

“Serius… Ay. Kalau tak serius takkanlah kita bertahan sampai sekarang..”

“Dah tak payah nak buka cerita lama. Ay nak tahu kerja siapa kita kena tangkap malam semalam..!!”

Raykarl terkedu. Wajah serius Ayla di pandang takut-takut.”Ma…mana Karl tahu..”

“Betul Karl tak tahu?” Suara Ayla meninggi.

“Ya..betul..”

Ayla menganggukkan kepala laju.”Kalau bukan Karl orangnya… tak apa.. tapi kalau Ay dapat tahu Karl dalangnya, siaplah! Ay pergi pejabat agama tuntut cerai..”

Raykarl tergamam dengan ugutan itu.”Astafirullahalazim.. Ay.. mengucap..”
“Sejak bila Karl berubah ni?” Perli Ayla sinis.

“Dah lama. Ay je yang tak tahu..”

“Baguslah macam tu..”

“Dah memang jodoh kita Ay.. terimalah dengan hati yang terbuka..”

“Karl tahu tak banyak hati terluka dengan apa yang berlaku ni? Tak sanggup Ay nak bahagia atas penderitaan orang lain..”

“Kita pun dah lama menderita Ay..” Sampuk Raykarl perlahan. Entah kenapa dia rasa begitu kecil di sisi Ayla sekarang. Jika dulu, dia sentiasa rasa dia lebih berkuasa dan berhak menentukan semuanya. Tapi kini sudah terbalik.

“Mama, papa, Umar dan Muslim… Karl tahu tak mereka terluka dengan apa yang berlaku ni..?!!”

Raykarl tersentak saat nama Umar dan Muslim di sebut Ayla. “Ay… jangan cuba uji kesabaran Karl. Ay tahu kan Karl punya cemburu macam mana?” Keras ugutan Raykarl.

Ayla tersentak. Tapi dia pura-pura nampak kuat dan tabah di mata Raykarl.

“Ay nampak Umar kecewa..”

Stop it Ayla…” Marah Raykarl sambil menepuk meja kuat.

Ayla menelan air liurnya. Wajah Raykarl berubah riak. Tadi lelaki itu nampak lembut. Raykarl nampak begitu bengang bila dia menyebut nama Umar. Itu belum Muslim. Biarlah… dia memang mahu menyakiti hati Raykarl. Ikutkan sakit hati, rasanya luka di hatinya sudah terlalu banyak di sebabkan oleh Raykarl. Biarlah Raykarl pula yang merasainya sekarang.

“Muslim tu sayangkan Ay… pasti dia terluka bila Ay dah bernikah pun dengan Karl..”

“Ay cuba nak uji Karl?”

Ayla tersenyum sinis.”Marah ke? Baguslah kalau marah… esok kita pergi pejabat agama..”

“Nak buat apa?” Suara Raykarl naik seoktaf. Elok saja dia melayan perangai Ayla hari ini, boleh pula Ayla spoil kan mood baiknya itu. ‘Sabar Karl.. sabar…’
 Agaknya dulu beginilah sabarnya Ayla melayan kerenahnya.

“Bercerai..!!” Selamba saja Ayla berkata begitu.

Raykarl menarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan.”Sampai mati pun Karl tak akan ceraikan Ay.. I love you..”

“Ye ke? Baru Ay tahu…” Ayla senyum sinis.

“Selama ni takkan lah tak tahu kot!”

Ayla pandang wajah Raykarl lama.”Tepuk dada tanya diri tu sendiri Karl. Macam mana Karl layan Ay dulu. Ada tak ada je Ay ni dalam hidup Karl…”

“Tapi Karl tetap dengan Ay kan? Susah senang dari dulu sampai sekarang kita tetap bersama..”
Ayla diam cuba mengembalikan semua memori lama. Ya…dia akui, 10 tahun mereka bersama terlalu banyak kenangan yang telah mereka lalui bersama. Walaupun Raykarl seorang yang ego tapi dia masih tetap sayangkan lelaki itu. Itulah cinta pertama mereka. Tidak pernah terduga begini. Bukan cara begini yang dia mahukan.

“Tapi pernikahan kita sekarang ni melukakan hati banyak pihak Karl.. macam mana dengan perasaan mama dan papa?” Bergenang air mata Ayla saat teringatkan wajah kecewa papa dan mama malam semalam.

Raykarl bangkit dan menapak ke arah Ayla. Dia duduk di sisi Ayla.”Sayang… kita akan pujuk mereka nanti. Karl tahu papa tak suka Karl tapi Karl tak akan berputus asa ambil hati dia. Karl akan buktikan yang Karl adalah lelaki terbaik untuk Ay..”

Ayla teresak-esak sambil menutup wajahnya dengan tangan.”Kenapa selepas Ay bertunang dengan Umar baru Karl nak buat semua tu? Sebab Karl rasa ego Karl tercabar ke?” Wajah Raykarl di pandang tajam dengan air mata masih membasahi pipi.

Raykarl menggelengkan kepalanya laju.”Bukan sayang… bukan sebab Karl ego. Ya Karl akui.. dulu Karl tak yakin pun apa dengan hubungan kita. Tapi sejak Ay pergi baru Karl rasa Ay sangat penting dalam hidup Karl. Baru Karl tersedar yang selama ini Ay lah yang banyak membantu dan membentuk hidup Karl sampai Karl jadi macam sekarang ni..”

Ayla masih menangis. Hatinya sebak mendengar kata-kata itu.

“Karl berjaya dalam pelajaran pun sebab Ay selalu ada dengan Karl. Ay yang sentiasa beri dorongan pada Karl dulu.. Karl baru sedar itu semua Ay..maafkan Karl..” Tangan Ayla di kucup berkali-kali.

Ayla tidak menduga sama sekali Raykarl yang ego itu akan berkata seperti ini. Tak sangka dia juga turut memberi sumbangan dalam perjalanan hidup Raykarl.

“Ay… masih belum dapat terima pernikahan kita ni Karl..” Ayla bersuara lirih.
Raykarl angguk kepala tanda mengerti apa yang di rasakan Ayla.”Karl faham… take your time sayang. Karl akan tunggu… inilah balasan terhadap apa yang Karl dah buat pada Ay dulu… Karl terima…”

Wajah kesal Raykarl di pandang sekilas. Dia mengeluh perlahan. Air mata yang masih berbaki di pipi

“Esok kita pergi rumah papa dan mama. Karl akan cuba berikan yang terbaik sebagai menantu mereka..” Janji Raykarl.

“Ay nak kerja esok..” Kata Ayla sambil mengesat baki air mata di pipi. 

Tangisannya sudah reda. Tiada guna lagi menangis kerana semua pun sudah berlaku. Mahu atau tidak dia dan Raykarl sudah sah sebagai suami isteri. Dia dah tak boleh lari lagi dari lelaki itu.


Raykarl kaget.”Next week la Ay… apply cuti sampai next week ok? If Ay nak berhenti pun Karl tak kisah..”

“Berhenti? Karl nak suruh Ay buat apa dalam rumah sebesar alam ni?”

“Duduk goyang kaki. Jadi madam besar..” Seloroh Raykarl.

Ayla mencebikkan bibir.”Dulu lagi kita dah pernah bincang perkara ni kan?”

“Oklah.. Karl ikut Ay je.. mana yang baik untuk Ay baik juga untuk Karl..”

Ayla masih kaget dengan perubahan drastik Raykarl. Sebelum ini bab memaksa, dialah juara. Ayla sentiasa saja ikut apa juga kata dan arahan Raykarl. Bila dia melawan memang seminggu dua lah Raykarl akan menjauhkan diri. Dia sudah masak benar dengan sikap lelaki itu. Tapi kali ini benar-benar lain.

Lengan dan leher Raykarl di perhatikan lama. Luka di sana sini. ‘Padan muka! Masa ni lah aku nak balas dendam di atas semua kekejaman dia dulu..’ Ayla ketap bibir sambil menganggukkan kepalanya.

“Kenapa ni? Apa yang Ay fikirkan?”

Ayla tersentak. Pantas di gelangkan kepalanya laju.”Oklah Ay nak tidur. Jangan cuba nak ganggu Ay malam ni. Ay masih marahkan Karl..” Dia memberikan amaran.

Raykarl mengeluh kasar.”Kita dah sah pun jadi suami isteri sayang.. kenapa Karl tak boleh tidur dengan Ay pulak?” Protesnya geram.

Ayla tersenyum sinis.”Balasan sebab Karl bawak Ay masuk dalam jerat ni..” Kata Ayla seraya segera bangkit dan menapak ke tingkat atas meninggalkan Raykarl yang masih terpinga-pinga di meja makan.
‘Melepas aku malam ni...’ Gumamnya perlahan.

Ayla...oh Ayla... Ya Karl akan tunggu sampai Ay sedia untuk menerima hakikat yang kita dah pun bernikah sayang...’

















Tuesday, March 18, 2014

10 tahun : Bab 14

Hello....amboi lama nau...ko menyepi kan kiah? hahaha.... setiap malam gua tido lambat pasal nak mengedit si MMC.hehehe.... xpelah slow-slow asalkan berkualiti khens... So, malam tadi otak adelah sgt tepu. Mata dah berat tapi mood nak update 10 tahun sgt berkobar-kobar gitu.

10 tahun ku akui... ayat2nya agak kedewasaan sikit. Terpulanglah pada korang semua nak nilainya mc mana. Lagi-lagi pada hubungan suami isteri. Tak real kalau terbatas tapi masih belum sampai ke tahap lucah la. MMC... pun sama. Bila Emeriz dan Scha kahwin ehemmmm... pastilah ade adegan2 romantis tu kan?! Ade jugak dalam satu bab tu, Emeriz seakan menyesali dia dah hilang keterunaannya sebelum masanya. Hello.... ingat perempuan je ke kena jaga dara...? Lelaki pun sama okeh! Barulah adil kan?


Takut wey naskah aku tu di anggap lucah pada pemikiran orang yg tertentu. Tengok saja Acik Lana. Aku rasa normal je kot penulisan dia tu. Entah lain orang lain penilaiannya...kan.


Hello... dah baca sila lah komen. Kang saye private kan belog ni hahhaha...keji.



Ayla menangis teresak-esak di bahu mamanya Puan Adira.”Ma…. Ay tak bermaksud nak lukakan hati papa dan mama… maafkan Ay..”
Puan Adira cuma membatukan diri. Hatinya benar-benar terluka dengan apa yang telah berlaku. Jelas dia lihat kekecewan di wajah Umar yang menjadi saksi bakal isterinya di tangkap kahlwat.
“Kenapa Ay… kenapa Ay buat kami macam ni? Kasihan Umar… Ay..” Pipi anaknya di pegang kuat.
Ayla menggelengkan kepalanya sambil teresak-esak. Ya dia nampak Umar menundukkan saja wajahnya tadi dan dia nampak Umar mengesat air mata. Ya Allah… pasti lelaki itu menyimpan harapan yang begitu besar untuk memperisterikannya sebelum ini.
“Mama…. Maafkan Ay ma… maafkan Ay..” Hanya itu saja yang mampu dia ucapkan saat itu. Jelas kekecewan terpacar dari raut wajah mamanya.
“Mama tak tahu nak cakap macam mana Ay. Ay satu-satunya anak harapan mama dan papa. Tapi sekarang?! Ya Allah….” Puan Adira mengeluh kesal. Air mata di seka dengan tisu.
Ayla cuma menundukkan wajah dan terus menangis. Nasi sudah jadi bubur. Dia tidak boleh berpatah balik. Nikah sudah di jalankan sebentar tadi. Raykarl yang di kenalinya hampir 10 tahun itu kini sah menjadi suaminya. Langsung tidak menduga semudah ini akhirnya percintaan mereka.
Di suatu sudut dia nampak Datin Athirah memujuk seseorang dan dia pasti wanita itu ialah wanita yang menangkapnya bersama Raykarl sebentar tadi. Dan Raykarl pula sedang berbincang sesuatu dengan papanya dan Umar.
“Dah lama ke korang berdua macam ni?” Tanya Tuan Addin sinis.
Raykarl mengangkat kepala memandang wajah lelaki yang baru saja bergelar bapa mertuanya itu.
“Awak tahu tak dosa besar berzina ni?” Umar pula mencelah.
Raykarl menoleh ke kanan. Kemudian dia menganggukkan kepalanya tanda dia cukup tahu tentang itu.
“Dah berapa lama?” Tuan Addin masih mahu tahu.
Raykarl mengetap bibir. Gentar rasa hati bila berdepan dengan bapa mertuanya itu. Dia tahu Tuan Addin walaupun baik hati tapi sebenarnya seorang yang tegas.
“Pernah terlanjur beberapa kali..” Tulus Raykarl berterus terang.
Umar ternganga. Ya Allah…… dia mengusap wajahnya kesal.
“Ya Allah….” Tuan Addin ingin rebah tapi Raykarl lebih pantas memegang lengannya. Tuan Addin menepis pegangan itu.
“10 tahun korang berdua bergelumang dengan dosa dan baru sekarang mahu nikah?” Suara Tuan Addin memecah kesunyian di situ.
Datin Athirah dan Saffiyah yang berada tidak jauh dari situ terkejut mendengarnya.
“Kau Raykarl…..” Tuan Addin mencengkam kolar baju Raykarl. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk Raykarl.
Raykarl cuma mendiamkan diri. Membiarkan saja lelaki itu melepaskan marahnya. Biarlah dia rela. Asalkan kini Ayla menjadi miliknya.
“Saya betul-betul sayangkan Ayla uncle..eer.. pa”
“Kalau sayang kenapa kau tak datang secara elok dari dulu lagi? Kenapa dengan cara begini?!” Tengkin Tuan Addin dengan wajah yang merah padam menahan marah yang meluap-luap.
“Saya tak ada kekuatan dulu…” Raykarl membalas perlahan.
“Kurang ajar….” Bukkk……
Tak sampai sesaat Raykarl sudah terjelupuk di atas tanah. Keaadaan jadi tidak terkawal. Datin Athirah meluru ke arah mereka. Dia menolak Tuan Addin ke belakang.
“Hey. Anak kau tu yang sebenarnya salah. Dia yang perangkap Karl… kau ingat aku hingin nak bermenantukan anak kau tu?” Tempelak Datin Athirah. Saffiyah bertindak menyabarkannya. Dia memeluk tubuh Datin Athirah dari belakang.
Menggeletar kepala lutut Ayla mendengar pertuduhan itu. Kalau pun tak suka jangan suka-suka fitnah dia seperti itu.
“Jangan nak tuduh sembarangan…” Tuan Addin nampak tidak boleh mengawal kemarahannya. Umar terlebih dahulu menghalangnya dari terus mara ke arah Datin Athirah.
“Sabar uncle…. Sabar… ingat Allah…” Kata Umar sedaya upaya menghalang pergerakan Tuan Addin yang sepertinya mahu menyerang Datin Athirah.
Raykarl segera bangun.”Umi…. salah Karl Umi… semua ni salah Karl. Bukan salah Ay….” Dia cuba untuk membela Ayla. Semua ini adalah rancangannya bukan Ayla.
“Ya Allah…. sabar semua… Ingat Allah. Semua ini berlaku kerana Izin Allah.. ingat tu..” Kata Umar lantang cuba menenangkan keadaan.
“Betul tu aunti… ini jodoh abang Karl ….” Ujar Saffiyah pula. Air matanya sejak dari tadi tidak mampu di bendung. Sebanyak mana Datin Athirah terluka dengan apa yang berlaku, begitu juga dengan dia. Ini merupakan cinta pertamanya. Rasa sangat menyakitkan. Tak mudah dia mahu menerima semua itu. Tapi dia masih ada iman. Wajib percaya qada dan qadar.
“Tapi bukan begini caranya Saffiyah..” Datin Atirah mengongoi kesedihan.
“Cuma dia anak yang uncle ada Umar… cuma dia. Tapi tergamak dia conteng arang di muka uncle dan aunti. Apa yang uncle nak cakap dengan ayah kamu Umar… uncle malu… uncle malu..” Tuan Addin sudah teresak dan terduduk di atas kerusi yang terdapat di luar pejabat agama itu.
“Umar terima Ayla bukan jodoh Umar uncle.. Umar dah redha…” Umar bersuara perlahan. Dadanya juga sebak. Biarpun perasaan itu masih terlalu awal tapi dia akui Ayla sudah mengusik hati lelakinya.
Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Ayla yang sudah bergelar isteri kepada Raykarl dari kejauhan.’Ay… bertaubatlah Ay….. terlalu besar dosa berzina Ay….’ Desis hati kecilnya yang penuh dengan rasa kecewa.
“Mama….. kesian papa Ma….” Keluh Ayla dalam tangisan hiba.
“Ay…. Buat masa sekarang, biarlah papa tenangkan diri dulu. Ay pun dah jadi isteri Karl… Ay bukan lagi di bawah tanggungjawab papa dan mama.. kami lepaskan Ay pada Karl…”Perlahan Puan Adira bersuara memeranjat Ayla.
Ayla memegang lengan mamanya.” Ma… Ay tak ready lagi nak hidup dengan dia ma..”
“Tak ready? Habis 10 tahun korang bersama tu apa Ay?” Tenang Puan Addira menempelak anaknya.
Ayla terdiam tapi masih teresak.
“Mama dah tak boleh tolong Ay. Ini jalan yang Ay pilih, jadi susah senang Ay kena tanggung sendiri..”
“Ma…..” Ayla cukup sedih mendengar kata-kata mamanya yang kedengaran begitu kecewa dengannya itu. Sekarang dia benar- benar rasa kehilangan. Salahnya juga kerana mengikut Raykarl siang tadi. Atau adakah Raykarl sebenarnya yang memerangkapnya? Jika betul, rasanya dia tidak akan boleh memaafkan lelaki itu lagi.
**
BMW 4series milik papanya itu di pandang dari kejauhan sehinggalah ia hilang dari pandangan matanya.
Raykarl memeluk bahu Ayla erat. Ayla di tarik ke dalam rangkulannya. Teresak-esak Ayla yang nampak begitu tertekan dengan apa yang telah menimpanya itu.
“Hey… perempuan!!!” Pantas Datin Athirah menarik lengan Ayla menyebabkan dia terdorong ke depan.
Raykarl kaget dengan tindakan Uminya.
Pang!!!!
Satu tamparan hinggap ke pipi Ayla menyebabkan tubuh kurusnya terduduk ke atas tanah.
Raykarl terpana. Tidak sempat dia untuk melindungi Ayla.
“Umi……” Raykarl menjerit kuat langsung tidak menyangka tergamak Uminya melakukan Ayla seperti itu.
“Sayang……. sayang…..” Raykarl segera mendapatkan Ayla yang sudah terbaring itu.
“Aunti…. Apa yang aunti dah buat ni?” Saffiyah begitu terkejut melihat apa yang telah di lakukan Datin Athirah.
Umar yang menyaksikan kejadian itu dari jauh cuma mampu menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Ayla sudah bersuami. Jadi Ayla adalah tanggungjawab suaminya. Dengan ini pertunangan mereka sudah putus serta merta. Tanpa mampu menoleh lagi dia terus melangkah masuk ke dalam banggunan dua tingkat itu. Dia tidak sanggup lagi melihat keadaan Ayla.
“Sepatutnya Karl yang Umi tampar bukan Ayla…” Raykarl berdiri menentang pandangan tajam Uminya.
Saffiyah meriba kepala Ayla yang nampaknya sudah pengsan tidak sedarkan diri. Bibirnya pecah dan berdarah. Marah betul Datin Athirah dengan Ayla.
“Sebab dia Karl jadi macam ni. Sebab dia Karl  sanggup conteng arang di muka Umi… semua sebab dia..” Jerit Datin Athirah seperti orang hilang pedoman.
“Salah Karl Umi… Karl yang bawa dia ke rumah Karl.. Karl lega sebab dia sah jadi milik Karl..” Kata Raykarl lagi.
“Raykarl..!!!” Kaget Datin Athirah mendengar kata-kata anaknya itu.
“Umi… Karl cintakan Ay dari usia Karl 20 tahun lagi Umi. Mana mungkin Karl dapat lupakan dia dengan menikahi Saffiyah. Semua ini tidak adil bagi Saffiyah Umi….”
“Umi tak akan maafkan Karl….”
“Umi…. Restui pilihan Karl Umi…. Karl cintakan Ayla Umi… cuma dia dunia dan akhirat..”
Saffiyah yang mendengar segala perbalahan itu cuma menahan rasa. Kecewa sedih dan sakit semua rasa itu bercampur menjadi satu. Begini rasanya sakit cinta bertepuk sebelah tangan.
“Dah… Saffiyah mari kita balik…” Pantas Datin Athirah merentap tangan Saffiyah.
Raykarl segera mencampung Ayla dan dia memandang ke arah Saffiyah. Dia nampak dengan jelas kekecewan di wajah polos itu.
“Saffiyah… maafkan abang ya?”
Saffiyah tersenyum dalam keterpaksaan dan akhirnya dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Umi… nanti Karl balik rumah..” Kata Raykarl kepada Uminya. Tapi Datin Athirah cuma menjeling tajam dan terus berlalu tanpa menoleh ke arah anaknya itu lagi.

Tubuh itu di letakkan perlahan-lahan di atas katil. Luka di dahi yang sudah di bersihkan oleh Doktor tadi di perhatikan lama sebelum matanya turun melihat bibir Ayla yang pecah di tampar Umi tadi.
Hatinya jadi sayu. Kasihan Ayla terpaksa tanggung semua kesakitan ini hanya kerana sikapnya yang mementingkan diri. Apakah pilihan yang dia ada selain cara ini?
‘Maafkan Karl sayang…. Karl janji Karl akan jaga Ay seumur hidup Karl..’ Dahi itu di kucup perlahan.
Selepas itu, dia segera mengambil tuala basah untuk membersihkan tubuh Ayla.  Walau apa jua penerimaan Ayla selepas ini dia akan terima. Jika Ayla marahkannya, dia tidak akan berhenti memohon kemaafan. Dia sudah nekad, cuma Ayla insan pertama dan terakhir.
**
Lenanya terganggu saat terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak di kulit wajahnya. Dia menggeliat kecil. Perlahan-lahan mata di buka. Entah kenapa kepalanya terasa sakit dan pusing.
Saat mata terbuka dia ternampak seseorang yang sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman itu cukup manis. Senyuman yang sentiasa dia mahu lihat, senyuman yang bisa mencairkan hatinya. Tapi senyuman itu kian pudar dari hari ke sehari tanpa sebab yang nyata. Dia tahu Raykarl semakin dingin dengannya. Ada saja kesalahan yang nampak di mata lelaki itu.
Tapi dia tidak pernah berhenti mencintai lelaki itu. Itulah cinta pertama dan dia begitu meletakkan harapan yang tinggi agar dia menjadi lelaki terakhir di dalam hidupnya. Mampukan harapan dan impian itu menjadi kenyataan sedangkan cinta Raykarl terhadapnya kian pudar?
“Ayla.... bangun sayang..” Suara itu berbisik lembut di telinganya.
Ayla tersenyum sendiri. Hampir saban waktu suara itulah yang selalu mahu dia dengar. Sampaikan terbawa-bawa di dalam mimpi.
“Ayla.... please open your eye sayang...” Bisik suara itu lagi.
Ayla kaget. Ini bukan ilusi mahupun mimpi. Dia rasa pelik lantas tanpa menunggu lagi di luaskan kelopak mata.
“Karl...!!!!” Dia terjerit lalu bangkit dari pembaringannya.
Raykarl bergerak ke belakang sambil mengusap dada. Terperanjat betul melihat reaksi Ayla itu.
Ayla kalut melihat batang tubuhnya. Eh!! Kenapa dia cuma memakai baju tidur nipis ini? Baju yang menampakkan tubuhnya itu membuatkan dia rasa malu. Cepat-cepat dia menarik comferter lalu menutupi tubuhnya. Tiba-tiba Ayla terfikir yang baju ini di belikan Raykarl dulu? Eh!! Dia di mana sebenarnya? Pantas dia melihat sekeliling mengamati keadaan bilik serba mewah itu.
“Kenapa ni Ay?” Tanya Raykarl mengejutkan lamunan Ayla.
“Karl??”
Raykarl mengesot ke depan mendekati Ayla. Jemari Ayla di sentuh lembut lalu di bawa ke bibir. Pantas dia mengucup jemari itu penuh rasa kasih.
Ayla kaget melihat sikap Raykarl yang jarang mahu menunjukkan sikap romantis itu. Bukan dia tak tahu Raykarl sudah mulai jemu dengannya. 10 tahun bersama tanpa apa-apa ikatan, siapa yang tidak jemu. Ayla tersenyum sinis. Di biarkan saja Raykarl dengan perbuatannya itu.
“Ay...”
“Apa?” Sahut Ayla dingin. Di halakan pandangannya ke arah lain. Entah kenapa dia rasa mahu merajuk dengan Raykark.
“Ay dah sedar sepenuhnya ke belum ni?” Tanya Raykarl yang nampak risau dengan keadaan Ayla. Takkan lah kena tampar dengan Umi semalam boleh menyebabkan Ayla hilang ingatan. Mustahil betul.
“Soalan apa ni? Dah lah Karl, Ay nak balik. Nanti Papa dan Mama bising. Ay tak sempat nak beritahu mereka semalam..”
Raykarl mengetap bibir. Dadanya berdebar-debar.
Ayla bergegas turun dari katil. Dia berjalan setapak. Cuba mencari kelainan pada tubuhnya. Dia tersenyum sendiri. Tidak ada yang sakit, maksudnya Raykal tidak mengapa-apakannya. Pantas dia mencapai pakaiannya yang terletak elok di atas sofa.
“Karl... lepas ni kita dah tak boleh jumpa macam ni lagi. Ay dah jadi tunangan orang Karl..” Kata Ayla seraya terus menyarung pakaian ke tubuhnya.
Raykarl melompat turun dari katil. Dia segera merentap baju yang di pakai Ayla menyebabkan Ayla kaget.
“Karl... please. Kita dah tak boleh jadi macam dulu.. kenapa Karl tak faham-faham lagi ni?”
Raykarl sudah hilang sabar. Memang Ayla sudah hilang ingatan agaknya. Memang hebat betul tamparan Umi malam tadi.
Raykarl memegang kuat kedua-dua belah pipi Ayla. Tapi Ayla menepis tangannya.
“Ay.... please wake up! Please wake up Ay! We a married right now... please Ay...” Tengking Raykarl sekuat hati.
Ayla kaku tidak lagi menepis. Dia betul-betul bingung. Wajah Raykarl yang merah padam itu di renung minta penjelasan.”A...apa Karl cakap tadi?”
Anak mata Raykarl kelihatan berkaca.”Kita dah bernikah malam tadi Ay. Kita di tangkap khalwat..!!”
Seluruh tubuhnya seakan menggigil. Jadi benarlah ia bukan mimpi. Malam tadi dalam lenanya yang panjang, dia nampak wajah papa dan mamanya menangis. Dia nampak Umar. Jadi??? Ya tuhan......
Ayla terduduk.
Raykarl meraup wajahnya dengan keluhan kasar. Ayla yang kaku di lantai di perhatikan lama. Dia terduduk sama.
Ayla mula menangis. Dari perlahan terus ke tangisan itu kedengaran cukup menyedihkan.
“Apa Karl dah buat ni...” Jerit Ayla bersama tangisan hiba.
“Ay... kita dah memang di takdirkan bersama..”
“Senanglah Karl cakap..”
Raykarl menumpang kepalanya dengan tangan yang di letakkan di atas lutut.
“Karl tak boleh hidup tanpa Ay....”
“Tapi bukan dengan cara gila macam ni Karl..” Lantas Ayla memukul lengan Raykarl sekuat hati.
Raykarl tidak mengelak sebaliknya di biarkan saja Ayla melepaskan amarahnya itu. Memang benar dia yang bersalah cuma untuk akui dialah dalang di sebalik apa yang berlaku itu, rasanya dia belum cukup kuat.
“Jawab Karl kenapa buat Ay macam ni.. jawab!!”
“Ayla...... please. Anggap saja ini memang jodoh kita. Jelik macam mana pun Ay dah sah jadi isteri Karl. Dulu Ay sendiri yang memang nak kita kahwin. Sekarang ni impian kita dah tercapai pun Ay..”
Tangisan Ayla terhenti.  Dia masih mencengkam lengan Raykarl. “Karl ni manusia yang paling bodoh Ay pernah jumpa. Mana akal Karl? Mana???!!!!”
Raykarl mengeluh perlahan. Dia tiada jawapan.  Dia cuma melihat saja Ayla meronta-ronta minta penjelasan. Calar balar lengannya di cakar oleh Ayla. Dia cuma menahan kesakitan itu sebagai balasan di atas perbuatannya.
***
Muslim cuba menghubungi Ayla sekali lagi. Masuk kali ini sudah lebih 10 kali dia mencuba. Tapi panggilan itu terus sepi.
“Mana Ay ni? Sofea sudah di landa kebimbangan. Sudahlah hari ini mereka ada mensyuarat penting. Ayla pula boleh buat perangai.
“Fea... kau dah cuba call rumah dia?” Tanya Muslim.
Sofea mengangguk laju.”Sama juga Muslim. Tak ada orang angkat..”
“Mana Ay pergi? Dari semalam sampai hari ni dia tak munculkan diri. Apa yang dah jadi pada dia?”
“Muslim aku rasa tak sedap hati. Ada baiknya kita pergi rumah dia. Mungkin dekat sana kita akan dapat jawapan!”
“Bagus idea kau. Hisy. Ayla.... Ayla.... memang nak kena dia ni..”
Sofea mengeluh perlahan.”Selalu dia tak macam ni..”
Muslim mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Sofea. Hatinya berdebar-debar memikirkan jika ada sesuatu yang buruk menimpa Ayla. Tak... tak... Ayla ok je. Mungkin dia demam. Lagipula sekarang ni cuaca tak menentu.  Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
**
Dulang berisi set makan malam itu di bawa ke tingkat atas. Sejak dari pagi lagi Ayla tidak makan dan minum. Asyik saja menangis dan mengamuk. Puas di pujuknya. Inilah kali pertama dia berdepan dengan sikap Ayla yang paling dasyat sekali sejak mereka kenal selama 10 tahun ini. Dia tidak menyangka boleh tahan keras juga hati Ayla yang selama ini memang terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut dan manja.
Selama ini Ayla saja yang lebih banyak memendam rasa kerana terpaksa melayan sikap ego dan keras kepalanya. Sekarang ini sudah tiba gilirannya pula.
Perlahan-lahan pintu bilik di tolak. Dia menjengukkan kepala untuk melihat Ayla. Masih seperti tadi, terbaring di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Baju tidur pun masih belum bertukar. Teruk betul mogok Ayla kali ini. Pasti dia benar-benar marah dan kecewa.
“Sayang.... makan sikit...”
Ayla berpaling menghadap Raykarl dengan pandangan mata yang tajam. Raykarl cuma menundukkan saja wajahnya. Tak sanggup melihat wajah Ayla seperti itu. Penuh amarah!
You..... go to the hell!!” Keras Ayla bersuara.
Raykal diam tidak terkutik. Tidak berani menentang pandangan tajam Ayla.
“Dengar tak?!” Jerkah Ayla.
Raykarl mengangkat kepala kemudian di angguk-anggukkan perlahan. Seboleh mungkin dia akan buat muka kesian. Tak pernah lagi dia meletakkan egonya rendah seperti ini.
Get out Karl... get out..!” Ayla menempik. Tanpa sedar dan tanpa akal yang cukup waras dia menyepak peha Raykarl menyebabkan lelaki itu jatuh dari katil. Dulang yang berisi makanan itu habis bertaburan ke atas lantai bersamanya.
Ayla terpampan. Raykarl juga. Tidak menyangka seberani ini Ayla bertindak.
‘Sabar Karl.... sabar.....’ Dia cuba memujuk hati. Dengan tangan yang menggeletar dia mengutip makanan yang bertabur itu tanpa sedikit pun mengangkat wajah memandang isterinya.
Ayla masih seperti tadi. Tergamam dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Raykarl.
Siap berkemas Raykarl menoleh ke arah Ayla.”Take your time darling. I wait with hope..” Dia tersenyum.
Ayla segera menoleh ke arah lain. Dia mengetap bibir sebelum menangis semahu-mahunya.
Raykarl akur. Biarkan Ayla mengambil masa untuk menenangkan diri.”Kalau sayang lapar... Karl ada letakkan makanan atas meja dekat bawah tu..” Dia masih khautir jika Ayla pengsan lagi. Perlahan-lahan kaki di atur keluar dari bilik itu.
‘Ya Allah.... kau ampunkanlah setiap dari dosa isteriku Ya Allah... sesungguhnya aku dengan rela hati telah memaafkan semua yang telah dia lakukan terhadap ku... bukakan hatinya Ya Allah.....buka kan hatinya untuk menerima ku kembali...’
Tanpa sedar air mata menitik ke pipi. Dia perlu kuat untuk mengembalikan kasih sayang dan cinta Ayla buatnya.’Karl tak akan pernah jemu... Karl tak akan berputus asa untuk mengambil cinta Karl kembali sayang...’